Agama dan kepercayaan Barbar

Barbar terkenal dalam sejarah Islam

Tariq ibn Ziyad, seorang Muslim Barbar dan jeneral Umayyah yang mengetuai penaklukkan Hispania Visigoth pada tahun 711

Tariq ibn Ziyad (meninggal 720), dikenali dalam sejarah dan lagenda Sepanyol sebagai Taric el Tuerto (Taric si Satu Mata), adalah seorang Muslim Barbar dan jeneral Umayyah yang mengetuai penaklukkan Hispania Visigoth pada tahun 711. Beliau dianggap salah seorang komander tentera penting dalam sejarah Sepanyol. Asalnya, beliau merupakan timbalan Musa ibn Nusair di Afrika Utara, dan dihantar oleh ketua beliau untuk melancarkan serangan pertama di semenanjung Iberia. Beberapa pihak mendakwa beliau dijemput untuk campur tangan oleh pewaris kepada Raja Visigoth, Wittiza, dalam perang saudara Visigoth.

Pada 29 April 711, pasukan tentera Tariq mendarat di Gibraltar (nama Gibraltar berasal daripada nama Arab Jabal Tariq, yang bermaksud Gunung Tariq, atau Gibr Al-Tariq, bermakna batu Tariq). Setelah mendarat, Tariq dikatakan telah membakar kapal-kapal beliau dan membuat satu ucapan, yang mana sangat diingati di dunia Islam kepada tentera beliau:

O People ! Tiada tempat untuk melarikan diri! Laut di belakang kamu, dan musuh di depan kamu: Tiada apa-apa untuk kamu, oleh Allah, kecuali ikhlas dan sabar.
—seperti dikisahkan oleh al-Maqqari

Ziri ibn Manad (meninggal 971), pengasas dinasti Zirid di Maghreb. Ziri ibn Manad adalah pemimpin puak Sanhaja yang mana merupakan sekutu kepada Fatimiyyah, menghapuskan pemberontakkan Abu Yazid (943-947). Beliau dianugerahkan jawatan gabenor di wilayah barat, sebuah kawasan yang kini merangkumi kawasan utara Sahara di Algeria.

Yusuf ibn Tashfin (sekitar 1061–1106) adalah seorang pemerintah Barbar dari dinasti Almoravid di Afrika Utara dan Al-Andalus (Moors Iberia). Beliau memakai gelaran amir al-muslimin (komander orang Muslim) selepas melawat Khalifah di Baghdad 'amir al-moumineen" ("komander orang yang benar") dan secara rasminya menerima sokongan dari beliau. Beliau sama ada merupakan sepupu atau anak saudara kepada Abu-Bakr Ibn-Umar, pengasas dinasti Almoravid. Beliau menyatukan seluruh negeri Muslim di Semenanjung Iberia (kini Portugal dan Sepanyol) ke dalam pemerintahan di Maghreb (sekitar 1090), selepas diminta ke Al-Andalus oleh Emir dari Seville.

Alfonso VI telah dikalahkan pada 23 Oktober 1086, di dalam Pertempuran Sagrajas, ditangan Yusuf ibn Tashfin, dan Abbad III al-Mu'tamid. Yusuf bin Tashfin adalah pengasas kota Maghribi yang terkenal iaitu Marrakech (dalam bahasa Barbar Murakush, atau Morocco dalam bahasa Inggeris). Beliau telah memilih sendiri tempat di mana kota ini dibina pada tahun 1070 dan kemudian dijadikan ibu kota empayar. Sebelum itu, Almoravid berpindah randah di padang pasir, tetapi dengan ibu kota baru ini menandakan mereka mula mengubah kepada cara hidup bandar.

Ibn Tumart (sekitar 1080 - sekitar 1130), adalah seorang guru agama Barbar dan pemimpin dari puak Masmuda yang mana telah mengasaskan dinasti Almohad. Beliau juga dikenali sebagai El-Mahdi (المهدي). Pada tahun 1125, beliau memulakan pemberontakkan terbuka menentang pemerintahan Almoravid. Nama "Ibn Tumart" berasal daripada bahasa Barbar yang bermaksud "anak lelaki Bumi."[44]

Abu Ya'qub Yusuf (meninggal 29 Julai 1184) merupakan khalifah kedua dinasti Almohad. Beliau memerintah bermula pada tahun 1163 sehingga 1184. Beliau membina Giralda di Seville.

Abu Yaqub al-Mustansir Yusuf II adalah Khalifah Maghreb bermula pada tahun 1213 sehingga kematian beliau. Beliau merupakan anak lelaki kepada khalifah sebelumnya, Muhammad an-Nasir, Yusuf menaiki takhta selepas kematian bapa beliau, pada umur 16 tahun.

Ibn Battuta (lahir 1304; tahun meninggal tidak pasti, kemungkinan pada 1368 atau 1377) adalah seorang Barbar[45] Beliau merupakan sarjana Sunni Islam dan jurisprudent daripada mazhab Maliki, dan pernah menjadi Qadi (hakim). Walau bagaimanapun, beliau terkenal sebagai seorang pengembara dan penjelajah, yang mana telah mendokumenkan kisah perjalanan beliau selama hampir 30 tahun, merangkumi hampir 117,000 kilometer (73,000 mi). Perjalanan ini merangkumi hampir seluruh dunia Islam, daripada Afrika Barat ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, satu jarak yang melebihi sarjana sebelumnya iaitu Marco Polo.

Muhammad al-Jazuli - Beliau berasal daripada puuak Jazulah yang mana tinggal di kawasan Sous, Maghreb yang terletak di antara Lautan Atlantik dengan Pergunungan Atlas. Beliau terkenal kerana telah menyusun Dala'il al-Khayrat, sebuah kitab sembahyang Islam yang popular.

Muhammad Awzal adalah seorang penyajak Barbar yang warak. Beliau dianggap sebagai penulis paling penting dalam tradisi kesusasteraan Shilha. Beliau lahir sekitar tahun 1670 di sebuah kampung al-Qasaba dalam daerah Sous, Maghreb dan meninggal dunia pada tahun 1748/9 (1162 di Egira).

Barbar terkenal dalam sejarah Kristian

Era pra-Kristian